Home Sukan NORRIS YAKIN BERGELAR JUARA DUNIA TAHUN INI

NORRIS YAKIN BERGELAR JUARA DUNIA TAHUN INI

LONDON: Lando Norris merasakan dia mempunyai keyakinan untuk memenangi kejuaraan pemandu Formula Satu (F1) tahun ini selepas bergelut terhadap keyakinan diri sendiri sebelum ini.

Norris adalah pencabar terdekat Max Verstappen pada 2024 tetapi gagal bersaing merebut gelaran juara dunia sehingga ke perlumbaan terakhir di Abu Dhabi.

Walaupun McLaren berjaya mengatasi Red Bull dalam kategori pengeluar, Norris tidak dapat memanfaatkan kelebihan jentera miliknya yang lebih kompetitif.

Bercakap dalam sebuah podcast BBC, Norris secara terbuka mengakui bahawa dia pernah mengalami masalah keyakinan diri, tetapi kini berjaya mengatasinya.

“Keyakinan adalah sesuatu yang saya bergelut sebelum ini.

“Mungkin hanya musim lalu saya berjaya mengatasinya sehingga yakin yang saya cukup bagus untuk memenangi kejuaraan tahun ini dan boleh mencabar sesiapa sahaja,” katanya.

Namun, kegagalannya meraih gelaran bukan sepenuhnya digalas di bahunya.

Beberapa keputusan strategi yang kurang tepat daripada McLaren di Kanada dan Britain menyebabkan dia terlepas peluang meraih kemenangan.

Mengimbau saat dia kehilangan harapan untuk meraih kejuaraan dunia, Norris mengakui ia sukar untuk diterima.

“Saya berlumba sejak kecil. Ini satu-satunya perkara yang saya mahu lakukan. Jadi, apabila impian itu musnah, ia amat mengecewakan,” katanya.

Namun, Norris tetap bangga dengan prestasinya sepanjang musim 2024 dan bersedia untuk bangkit semula pada tahun ini.

“Ia adalah tahun di mana saya sebenarnya bangga dengan prestasi saya. Bangga kerana mampu beraksi di bawah tekanan dan menampilkan prestasi terbaik ketika diperlukan,” katanya. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here