Home Buletin Semasa PETRA TETAPKAN DUA KEBERHASILAN EKONOMI KEUTAMAAN

PETRA TETAPKAN DUA KEBERHASILAN EKONOMI KEUTAMAAN

128
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menetapkan dua Keberhasilan Ekonomi Keutamaan atau Priority Economic Deliverables (PED) berkaitan tenaga iaitu ASEAN Plan of Action for Energy Cooperation (APAEC) 2025, Fasa 1: 2026 hingga 2030 dan ASEAN Power Grid (APG) Enhanced Memorandum of Understanding (MOU)

Menurut Timbalan Menteri PETRA, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu kenyataan hari ini, dua dokumen dasar tersebut adalah penting untuk memastikan kerjasama yang berterusan dalam kalangan negara anggota ASEAN bagi membangunkan industri tenaga ke arah jaminan bekalan dan kemampanan tenaga di rantau ASEAN.

“Inisiatif APG akan diberi fokus dalam semua mesyuarat berkaitan pada kali ini dengan objektif untuk memuktamadkan dokumen APG Enhanced MOU pada tahun ini,”menurutnya dalam kenyataan selepas merasmikkan Majlis Peluncuran Penganjuran Mesyuarat – Mesyuarat Tenaga ASEAN 2025.

Katanya kandungan MOU tersebut antara lain akan memberi penekanan untuk meningkatkan keupayaan infrastruktur talian penghantaran tenaga elektrik dalam kalangan negara ASEAN supaya lebih banyak tenaga elektrik, terutamanya tenaga berasaskan sumber bersih seperti hidro, solar dan angin dapat diperdagangkan rentas sempadan.

“Usaha itu secara langsung dapat mengoptimakan penggunaan sumber tenaga bersih, menjamin bekalan tenaga kepada rakyat dan memanfaatkan negara-negara di rantau ASEAN,”katanya.

Dalam perkembangan sama, menurut kenyataan itu Malaysia secara rasminya menjadi Pengerusi ASEAN pada 1 Januari lalu dengan tema “Powering ASEAN: Bridging Boundaries, Building Prosperity”.

Sehubungan itu, PETRA akan mempengerusikan tiga mesyuarat utama Sektor Tenaga iaitu Special Senior Officials Meeting on Energy di Langkawi, Kedah pada 22 hingga 24 Januari 2025, Senior Officials Meeting on Energy di Kuching, Sarawak pada 16 hingga 20 Jun depan dan ASEAN Ministers of Energy Meeting di Kuala Lumpur pada 22 hingga 26 September depan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here