Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Kerajaan berjaya menoktahkan miskin tegar di Kelantan pada Julai hingga Disember 2024.
Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata miskin tegar berjaya dinoktahkan menerusi dua fasa pada tahun lalu.
”Fasa pertama melibatkan 12,280 Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin Tegar 2023 yang berjaya dinoktahkan pada 1 Julai lalu seperti arahan yang ditetapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan pada 2 Mei lalu.
”Dalam merealisasikan aspirasi kerajaan, sekali lagi Kelantan berjaya menoktahkan Miskin Tegar Fasa Kedua pada 31 Disember lalu yang melibatkan 1,761 KIR, namun kita akan memantau secara konsisten,”katanya.
Hadir sama Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Jasri Kasim dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Beliau berharap usaha membasmi kemiskinan itu dapat dilaksanakan secara berterusan dan tidak terhenti pada tempoh itu sahaja.
IMedikel TV






