Home Buletin Semasa PGA TUMPASKAN SELUDUP LEMBU BERNILAI RM136,500

PGA TUMPASKAN SELUDUP LEMBU BERNILAI RM136,500

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TANAH MERAH: Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu bernilai RM136,500 yang dikesan di sekatan jalan raya Lalang Pepuyu, di sini, pada Isnin.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan AM (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata seorang lelaki turut ditahan dalam Op Taring Wawasan yang dijalankan kira-kira jam 3.30 petang.

“Tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota BN 9 PGA apabila menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 14 ekor lembu anggaran lebih 9000 Kg ditemui di dalam lori jenis Hino tanpa permit yang sah.

“Suspek seorang lelaki berumur 26 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup lembu tersebut ke pasaran tempatan,”katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. Suspek dan barang rampasan dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here