Home Buletin Semasa MANGSA LEMAS BABITKAN WARGA ASING KINI DIJUMPAI

MANGSA LEMAS BABITKAN WARGA ASING KINI DIJUMPAI

251
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUALA KRAI: Seorang lelaki warga asing yang dilaporkan lemas di sungai sekitar Kilang Papan Staponal Kuala Krai pada Jumaat lalu ditemui pada jam 10.44 pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan II Juniman Junuh berkata, mangsa tersebut dijumpai ketika pihak bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tepi sungai pada jam 7 pagi tadi.

“Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada hari ini turut menjalankan operasi selaman pada radius 6kilometer (km).

“Operasi tersebut selesai sepenuhnya pada jam 1 petang ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

IMedikel TV sebelum ini melaporkan kejadian mangsa lemas membabitkan seorang lelaki Myanmar berusia 50 tahun lemas di sungai sekitar kilang tersebut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here