Home Buletin Semasa PENCARIAN MANGSA LEMAS MASIH DITERUSKAN

PENCARIAN MANGSA LEMAS MASIH DITERUSKAN

171
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUALA KRAI: Operasi pencarian mangsa lemas di sekitar sungai berdekatan Kilang Papan Staponal, Kuala Krai membabitkan seorang lelaki warga asing masih diteruskan sejak kelmarin.

Pegawai Bomba Kanan II Juniman Junuh dalam satu kenyataan berkata, Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan menjalankan selaman dalam radius 200meter pada 9.45 pagi semalam.

“Pihak kami juga memohon bantuan daripada unit K9 pada 3.56 petang, setelah itu kerja-kerja operasi SAR diteruskan.

“Namun, operasi itu perlu ditangguhkan atas faktor cuaca pada 6.24 petang, semalam,” katanya dalam satu kenyataan.

Juniman berkata, SAR itu melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian, Pengkalan Chepa, Machang dan Pengkalan Kubor.

Katanya, kesemua anggota adalah seramai 51 orang termasuk 16 pegawai bomba, 10 Pasukan Diraja Malaysia (PDRM), lima Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan 20 daripada penduduk kampung.

“Kami menggunakan sebuah jentera LFRT, dua buah Hilux, sebuah kereta Kembara dan lima buah bot termasuk satu bot whely,” katanya.

Sebelum ini, pihak BBP Sungai Durian menerima panggilan daripada orang awam pada Jumaat lepas mengatakan terdapat seorang mangsa lelaki warga asing berusia 50 tahun lemas di sungai berkenaan.

Pihaknya bergegas ke tempat kejadian yang terletak pada jarak 1kilometer (km) dari BBP Sungai Durian.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here