Home Luar Negara PENGODAM SALT TYPHOON SERANG SYARIKAT TELEKOMUNIKASI AT&T, VERIZON

PENGODAM SALT TYPHOON SERANG SYARIKAT TELEKOMUNIKASI AT&T, VERIZON

179
0

WASHINGTON: Operasi pengintipan siber atau pengodam, Salt Typhoon, yang dikaitkan dengan China bertindak menyerang sistem syarikat telekomunikasi terbesar Amerika Syarikat (AS) AT&T dan Verizon.

Bagaimanapun, rangkaian syarikat telekomunikasi terbabit kini disahkan selamat dan kedua-dua syarikat berkenaan sudah bekerjasama dengan pihak penguatkuasaan undang-undang dan pegawai kerajaan.

Menurut jurucakap AT&T, pihaknya tidak mengesan sebarang aktiviti oleh pengodam dalam rangkaian syarikat berkenaan ketika ini.

“Berdasarkan siasatan terkini terhadap serangan terbabit, China menyerang sebilangan kecil individu yang berkepentingan dalam perisikan asing.

“AT&T sedang memantau dan mengambil langkah pemulihan untuk melindungi data pelanggan serta terus bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menilai dan mengurangkan ancaman,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Undang-Undang Verizon dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak mengesan sebarang aktiviti pengodam dalam rangkaian Verizon sejak kebelakangan ini.

“Selepas pelbagai usaha dilakukan, kami boleh melaporkan bahawa Verizon telah berjaya mengekang aktiviti berkaitan kes terbabit.

“Firma keselamatan siber bebas turut mengesahkan bahawa insiden itu sudah dapat dikawal,” katanya.

Kelmarin, penguatkuasa AS mendakwa sebuah syarikat telekomunikasi kesembilan yang tidak dinamakan ke dalam senarai entiti dikompromi oleh penggodam Salt Typhoon.

Mereka mendakwa penggodam dari China itu telah mendapat akses penuh ke dalam rangkaian, membolehkan mereka menggeolokasi berjuta-juta individu dan merakam panggilan telefon secara sesuka hati.

Jabatan Pertahanan AS dan Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan bagaimanapun tidak memberikan sebarang maklum balas segera mengenai kenyataan kedua-dua syarikat telekomunikasi berkenaan.

Kementerian Luar China juga gagal dihubungi untuk memberikan maklum balas mengenai perkara terbabit.

Terdahulu, penguatkuasa China menafikan dakwaan terbabit sebagai maklumat palsu dan menyatakan bahawa China tegas menentang dan memerangi serangan siber serta kecurian siber dalam apa jua bentuk.

Penguatkuasa turut mendakwa penggodam menyasarkan syarikat seperti Verizon, AT&T, Lumen dan syarikat telekomunikasi lain, serta mencuri rakaman audio panggilan telefon dan sejumlah besar data rekod panggilan.

Sebagai maklum balas kepada serangan siber terbabit, Agensi Keselamatan Siber dan Infrastruktur AS pada 18 Disember lalu menggesa pegawai kerajaan dan tokoh politik kanan supaya beralih kepada aplikasi komunikasi mudah alih dengan penyulitan ‘end to end’.

Mangsa pengodam Salt Typhoon dilaporkan termasuk pegawai yang terbabit dengan kempen pilihan raya presiden AS daripada parti Demokrat Kamala Harris dan parti Republikan Donald Trump.

Terdapat kebimbangan yang semakin meningkat terhadap skala dan ruang lingkup serangan penggodaman China ke dalam rangkaian telekomunikasi AS, serta persoalan bila syarikat dan kerajaan dapat memberi jaminan sepenuhnya kepada rakyat AS mengenai isu berkenaan. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here