Home Buletin Semasa HARGA PETROL RON97 NAIK 3 SEN, RON95 KEKAL RM2.05 SELITER

HARGA PETROL RON97 NAIK 3 SEN, RON95 KEKAL RM2.05 SELITER

125
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 meningkat sebanyak 3 sen seliter daripada RM3.22 kepada RM3.25 seliter berkuatkuasa selama tujuh hari bermula hari ini hingga 1 Januari depan.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan semalam, bagaimanapun penetapan harga petrol bagi RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

Manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga kekal pada paras RM2.95 seliter, begitu juga di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada harga RM2.15 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here