Home Buletin Semasa PGA TAHAN SEORANG LELAKI RENTAS SEMPADAN SECARA HARAM

PGA TAHAN SEORANG LELAKI RENTAS SEMPADAN SECARA HARAM

143
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki dipercayai rentas sempadan secara haram melalui Kampung Pulau Ular, di sini pada 11.30 pagi semalam.

Komander Bridged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, tangkapan tersebut dilakukan apabila sepasukan anggota Batalion 8 PGA melihat sebuah bot dari Thailand menurunkan penumpang di bawah jambatan di kampung terbabit.

“Pemandu bot itu melarikan diri dan meninggalkan penumpangnya setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Suspek tersebut disyaki warganegara Thailand gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah dan masuk ke Malaysia melalui pengkalan haram,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor dan disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here