Home Buletin Semasa PENTERNAK LEMBU MULA AMBIL SUNTIKAN PINTASAN

PENTERNAK LEMBU MULA AMBIL SUNTIKAN PINTASAN

150
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Musim banjir baru-baru ini meninggalkan kesan kepada semua, bukan hanya kehilangan tempat tinggal akibat rumah dihanyutkan arus, namun ia juga cukup memberi kesan kepada penternak lembu.

Bagi mengelak sebarang penyakit selepas banjir, penternak lembu di lebih sepuluh kampung di Pengkalan Kubor, Tumpat mula mengambil suntikan pintasan penyakit terhadap haiwan ternakan mereka.

Seorang penternak, Mohd Ali Sa’amah dari Kampung Bendang Pak Yong, ketika ditemui berkata, suntikan terhadap lembunya biasa dibuat selepas banjir surut.

“Walaupun hanya empat daripada sepuluh ekor lembu milik saya tinggal di kawasan digenangi air ketika banjir baru-baru ini, namun saya tetap memilih untuk memberi suntikan antibiotik kepada kesemua lembu saya.

“Saya bimbang sekiranya haiwan ternakan saya itu dijangkiti penyakit berjangkit sekali gus menyebabkan kematian,”katanya.

Katanya sebaik sahaja banjir surut, dia melaporkan perkara itu kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan suntikan dilakukan oleh doktor dari jabatan tersebut.

“Selepas banjir saya dapati lembu peliharaan saya kurang selera makan, ini sangat merisaukan saya. Jadi saya memilih untuk mendapatkan suntikan tersebut,”katanya.

Seorang lagi penternak lembu dari Kampung Kajang Sebidang, Azman Ibrahim berkata, dia tidak menyangka banjir kali ini menyebabkan lembu miliknya terpaksa berendam selama tujuh hari mengakibatkan luka di empat kaki dan perut.

Dengan itu katanya langkah awal pencegahan telah dilakukan bagi menyelamatkan lembunya sebelum menerima suntikan daripada pihak JPV, semalam.

“Sebelum banjir berlaku saya sudah tempatkan lembu itu di tempat yang lebih tinggi namun kawasan tersebut turut dinaiki air.

“Namun saya pasrah sekiranya haiwan ternakannya itu mati kerana usaha telah dilakukan dengan memberi ubat dan suntikan,”katanya.

IMedikel TV



LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here