Home Buletin Semasa PGA TUMPAS KEGIATAN SELUDUP PERKAKAS DAPUR

PGA TUMPAS KEGIATAN SELUDUP PERKAKAS DAPUR

152
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan penyeludupan perkakas dapur di Pengakalan Haram Pak Dik, di sini, pada Selasa.

Menurut Komander Bridged Tenggara (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata rampasan dilakukan sepasukan anggota BN 7 PGA pada jam lebih kurang 8.30 malam apabila membuat serbuan di sebuah stor semasa menjalankan tugas dalam Op Taring.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kotak mengandungi cawan plastik ditemui di dalam stor tersebut tanpa dokumen yang sah. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM16,000,”katanya dalam kenyataan.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Barang rampasan dibawa ke Komtak Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here