Home Buletin Semasa SEORANG WANITA DITAHAN DISYAKI SELUDUP PELBAGAI BARANGAN RUNCIT DAN BERAS

SEORANG WANITA DITAHAN DISYAKI SELUDUP PELBAGAI BARANGAN RUNCIT DAN BERAS

222
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Seorang wanita ditahan sepasukan anggota Batalion (BN) 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) kerana disyaki melakukan kegiatan penyeludupan barangan runcit dan beras yang dikesan di Simpang Tiga Jalan Masjid Pengkalan Kubor, di sini pada Rabu.

Komander Bridged Tenggara (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid pihaknya turut merampas pelbagai barangan runcit tanpa dokumen yang sah dalam sebuah kereta.

“Pihak kami menjalankan Op Taring kira-kira jam 7.00 pagi dan mendapati terdapat sebuah kenderaan dalam keadaan yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai barangan runcit dan lebih 150kilogram (kg) beras ditemui di dalam kenderaan tersebut tanpa dokumen yang sah. Suspek seorang wanita berumur 32 tahun ditahan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM1004,”katanya dalam kenyataan.

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Barang rampasan dibawa ke Balai Polis Pengkalan kubor untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here