NOTTINGHAM: Nikola Milenkovic dan Anthony Elanga menjaringkan gol lewat permainan untuk kemenangan 2-1 Nottingham Forest ke atas Aston Villa yang melonjak mereka ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris.
Milenkovic menjaringkan gol untuk minggu kedua berturut-turut dan jaringan minit ke-87 itu mengimbangi tandukan Jhon Duran untuk Villa.
Skuad kendalian Nuno Espirito-Santo memastikan tiga mata di City Ground pada minit ketiga masa kecederaan apabila pemain gantian, Elanga menewaskan penjaga gol Villa, Emi Martinez.
“Musim sangat panjang dan saya hanya mahu peminat menikmati perjalanan ini,” kata Elanga yang tidak menjaringkan gol sejak Februari.
Forest kini satu mata di depan juara bertahan – Manchester City, yang akan melayan kunjungan Manchester United malam ini – di tangga keempat pada 28 mata daripada 16 perlawanan manakala Villa, kekal di tangga keenam pada 25 mata.
Forest juga memenangi enam daripada sembilan aksi liga terakhir mereka selepas mengharungi dua musim di kelompok bawah liga. – REUTERS, BH Online –
IMedikel TV






