Home Luar Negara 27 PATI MAUT SELEPAS BOT KARAM DI TUNISIA

27 PATI MAUT SELEPAS BOT KARAM DI TUNISIA

103
0

TUNIS: Kes terbaru sejak beberapa minggu lalu itu berlaku selepas pegawai Tunisia melaporkan peningkatan lima kali ganda operasi menyelamat berbanding suku pertama tahun lalu.

Berdasarkan kes pertama, jurucakap mahkamah di bandar SFAX, Faouzi Masmoudi, memberitahu AFP bahawa empat orang maut, tiga hilang dan lebih 30 lagi diselamatkan dalam tragedi bot karam terbaru di luar pantai negara itu semalam.

“Berlaku tragedi bot karam, di mana empat mayat ditemui di pantai Sfax dan tiga orang lagi hilang manakala 36 lagi berjaya diselamatkan.”FAOUZI MASMOUDI, Jurucakap Mahkamah Di Bandar SFAX

Tambah beliau, kes kedua pula berlaku selepas sebuah lagi bot karam menyebabkan 37 orang di dalamnya mati lemas jumaat lalu manakala 20 lagi tidak dapat dikesan.

Memetik kenyataan saksi, beliau berkata 17 orang berjaya diselamatkan daripada kejadian jumaat lalu itu dan siasatan sedang dijalankan terhadap kedua-dua tragedi itu.

“Kita mahu mengenal pasti dalang di sebalik cubaan menyeludup ini menggunakan bot yang hanya diperbuat daripada kepingan logam tanpa ciri keselamatan minimum, berbanding bot kayu.”FAOUZI MASMOUDI, Jurucakap Mahkamah Di Bandar Sfax

Kejadian sama turut berlaku di maghribi, di mana 11 pati dilaporkan lemas selepas bot mereka karam di pantai barat.

Berdasarkan laporan media, mereka yang maut ialah lapan warga maghribi dan tiga warga sub-sahara yang cuba sampai ke kepulauan Canary, di Sepanyol, bagaimanapun seorang pendatang berjaya diselamatkan.

Namun, sehingga kini tiada laporan pengesahan daripada pihak berkuasa Maghribi berhubung kejadian itu.

Berdasarkan carian AFP, kes semalam itu adalah yang ketujuh berlaku sejak Mac, menyebabkan kira-kira 100 orang maut atau hilang.

Menurut pengawal pantai Tunisia sebelum ini, sejak Januari hingga Mac lalu, kira-kira 14,000 pati berjaya dihalang ketika cuba memasuki eropah.

Data rasmi menunjukkan bahawa jumlah itu adalah lima kali ganda lebih tinggi berbanding suku pertama tahun ini.

“Rondaan pengawal pantai berjaya menghalang sebanyak 501 percubaan rahsia untuk menyeberangi sempadan laut sebelum menyelamatkan 14,406 PATI termasuk 13,138 dari negara Afrika sub-Sahara, antara 1 Januari hingga 31 Mac lalu.”FAOUZI MASMOUDI, Jurucakap Mahkamah Di Bandar SFAX

Rakyat tunisia juga dikesan dalam kalangan pati yang cuba memasuki itali melalui laluan pantainya.

Bulan lalu, perdana menteri Itali, Giorgia Meloni menggesa sokongan yang lebih kuat untuk negara afrika utara itu untuk mengekang penghijrahan pati.

Ketua dasar luar kesatuan eropah, Josep Borrell, memberi amaran bahawa kemelesetan Tunisia dari segi ekonomi atau sosial boleh mencetuskan gelombang baharu pendatang ke eropah, namun pendapat itu dinafikan negara berkenaan.

Sumber: BH Online & AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here