Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di enam buah negeri menurun 1,834 orang setakat jam 12.00 tengah hari ini.
Menurut portal InfoBencana kesemua mangsa daripada 532 keluarga masih berada di 24 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri Kelantan, Johor, Kedah, Perak, Melaka dan Sabah.
Kelantan mencatatkan jumlah mangsa 785 orang, Johor 396, Kedah 388, Perak 131, Melaka 79 dan Sabah 55 mangsa.
Sementara itu portal infobanjir.water.gov.my, pula merekodkan Sungai Golok, di Rantau Panjang dan Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat berada pada tahap waspada dan trend air menurun.
IMedikel TV






