Home Luar Negara DICULIK DI KHEMAH, ‘DISIMPAN’ 18 HARI

DICULIK DI KHEMAH, ‘DISIMPAN’ 18 HARI

126
0

PERTH: Lelaki bakal berdepan hukuman penjara 13 tahun selepas menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dari tapak perkhemahan di Australia Barat.

Terence Kelly, 37, sebelum ini mengaku bersalah di mahkamah di Carnarvon tahun lalu, atas pertuduhan menculik Cleo Smith dari khemah keluarganya pada Oktober 2021.

Kanak-kanak itu ditemukan 18 hari kemudian di sebuah rumah di Carnavon, tidak jauh dari lokasi dia dilaporkan hilang, selepas polis melakukan serbuan susulan maklumat jiran yang prihatin.

Minggu ini, mahkamah diberitahu bagaimana tertuduh membawa Cleo dalam keadaan senyap dari khemah keluarganya antara 2.40 pagi dan 4.40 pagi pada 16 Oktober 2021.

Tertuduh kemudian menyembunyikan kanak-kanak itu di dalam bilik di rumahnya yang diubah suai dan mangsa dikunci di dalamnya.

Cleo sentiasa menangis memanggil ibunya, namun Kelly memasang radio bagi menenggelamkan suara itu.

Kelly akan menjalani hukuman penjara lebih 11 tahun sebelum layak mendapat parol.

BBC melaporkan, dia berasa bersalah kerana mengambil Cleo dan tidak merancang untuk menyimpannya.

Mahkamah diberitahu tertuduh mengalami kerosakan saraf akibat terdedah kepada trauma teruk semasa kecil kerana bapanya ganas dan kasar, manakala ibunya sering mabuk serta mengambil ganja menyebabkan dia hidup dalam ‘dunia fantasi’.

Kelly mencipta keluarga dengan berkomunikasi bersama kanak-kanak di Facebook, selain mempunyai minat terhadap anak patung Bratz dan memiliki banyak koleksi yang mana hobi itu konsisten dengan kehidupan keluarga fantasinya.

Mahkamah diberitahu bahawa Kelly percaya dia seorang bapa yang ingin mendandan Cleo dan bermain dengan kanak-kanak itu.

Wager menerima hujahan mengenai latar belakang Kelly dan berkata, tertuduh tidak perlu dihukum kerana masa silam, namun malangnya ramai Orang Asli di Australia Barat mengalami kesan buruk akibat penjajahan.

“Saya mendapati Kelly adalah antaranya dan dia turut terbabit penyalahgunaan dadah kerana kesakitan serta trauma dialami sepanjang hidup,” katanya.

Sumber: HMetro Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here