Home Luar Negara KECEWA AGIHAN HARTA LEPAS CERAI MOTIF KES SUV REMPUH ORANG AWAM

KECEWA AGIHAN HARTA LEPAS CERAI MOTIF KES SUV REMPUH ORANG AWAM

BEIJING: Seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh orang ramai sedang bersenam di sebuah pusat sukan di bandar Zhuhai, menyebabkan 35 individu terbunuh dan mencederakan 43 yang lain di selatan China, kata polis pada Selasa, sehari selepas kejadian itu.

Selepas insiden itu dilaporkan pada Isnin, polis hanya berkata, beberapa orang cedera, manakala video kejadian itu kelihatan ‘dihapuskan’ daripada media sosial.

Tetapi pada Selasa, polis berkata, “serangan serius dan ganas” berlaku di Pusat Sukan Zhuhai dan mendedahkan jumlah kematian ialah 35.

Seramai 43 orang yang cedera dilaporkan stabil.

Video pada malam Isnin yang digelokasikan oleh AFP menunjukkan orang ramai terbaring tidak bergerak di atas tanah, manakala yang lain dilihat panik cuba mengejutkan semula orang yang tidak sedarkan diri.

Siasatan awal mencadangkan bahawa pemandu berusia 62 tahun bernama Fan, bertindak sedemikian kerana dicetuskan oleh “rasa tidak puas hati dengan pembahagian harta berikutan perceraiannya”, kata polis dalam satu kenyataan.

Fan memandu “sebuah SUV kecil melalui pintu pagar dan masuk ke pusat sukan bandar itu, merempuh orang ramai yang sedang bersenam di jalan di dalam pusat sukan itu”, tambah kenyataan sama.

Polis yang bergegas ke lokasi menemukan Fan di dalam keretanya dan lelaki itu cuba mengelar dirinya dengan pisau, sebelum mereka menahannya dan menghantarnya ke hospital.

Dia kini koma selepas mencederakan dirinya sendiri di leher dan bahagian lain badannya, dan tidak dapat disoal siasat, tambah polis.

Video grafik yang tersebar di media sosial pada malam Isnin menunjukkan kesan kejadian itu, walaupun kebanyakannya ‘hilang’ pada Selasa. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here