Home Buletin Semasa MUSIM BANJIR: KPDN LANTIK 133 PEMBORONG, PERUNCIT, LANCAR JUALAN RAHMAH MUDAHKAN PENDUDUK...

MUSIM BANJIR: KPDN LANTIK 133 PEMBORONG, PERUNCIT, LANCAR JUALAN RAHMAH MUDAHKAN PENDUDUK DAPAT BEKALAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melantik 133 pemborong dan peruncit serta 15 premis stesen minyak sebagai persediaan menghadapi musim banjir dengan memastikan bekalan makanan mencukupi di kawasan terjejas.

Pengarahnya Azman Ismail, berkata pihak yang dilantik bukan sahaja bertanggungjawab menyimpan bekalan makanan, tetapi juga akan menganjurkan Jualan Rahmah di premis masing-masing.

“Langkah ini diambil bagi membantu golongan yang terjejas untuk mendapat bekalan barangan asas.

“Daripada jumlah 133 yang dilantik itu, seramai 67 adalah peruncit manakala 66 adalah pemborong,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di premis pemborong di sini, hari ini.

Katanya, kesemua pemborong dan peruncit yang dilantik akan menyimpan sebanyak 21 barangan keperluan asas termasuk gandum, beras, gula dan tepung.

Tambahnya, pemilihan pemegang stok mini adalah berdasarkan kedudukan sebagai pemegang lesen runcit barang kawalan berjadual (CSA), lokasi serta kapasiti perniagaan barang kawalan dan keperluan asas yang dijalankan.

“Kesemua mereka bertanggungjawab memastikan barang kawalan sebagaimana yang dilesenkan serta barang-barang keperluan asas lain yang dijual sentiasa mencukupi dan dijual dengan harga yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here