Home Segmen Kesihatan PROTEIN CUKUP DAPAT BANTU PENUAAN SIHAT

PROTEIN CUKUP DAPAT BANTU PENUAAN SIHAT

192
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Protein adalah nutrien utama yang diperlukan oleh individu dalam jumlah secukupnya setiap hari, terutama apabila usia semakin meningkat.

Semakin lanjut usia, usaha meningkatkan kesedaran mengenai penuaan sihat amat penting.

Protein berfungsi untuk menghasilkan struktur badan yang penting, seperti otot, organ, kulit dan rambut.

Panduan pengambilan protein secukupnya dalam diet harian:

1.Tingkatkan pengambilan protein, bukan kalori

Untuk memastikan kita mendapat jumlah protein secukupnya setiap hari, pilihan pemakanan amat penting. Langkah pertama, adalah mengurangkan pengambilan karbohidrat dan gula, dan sebagai ganti perlu mencari makanan yang membekalkan paling banyak protein dalam jumlah kalori paling rendah.

Contoh:

  1. Telur
  2. Badam
  3. Dada ayam
  4. Ikan
  5. Yogurt dan keju.

Di samping itu, kita juga boleh mengambil protein berasaskan tumbuhan seperti tauhu dan tempe untuk meningkatkan lagi pengambilan protein.

2.Dapatkan dos protein harian pada awal pagi.

Sarapan ialah sajian paling penting dalam sehari, tetapi sering diabaikan. Sekiranya individu lebih suka makanan biasa dan bukannya minuman protein, maka ambil tiga putih telur daripada telur rebus atau produk putih telur, segelas susu atau yogurt atau menambah sedikit kacang untuk menambah pengambilan protein pada waktu pagi.

3.Merangkum suplemen protein dalam diet

Untuk mencapai sasaran pengambilan protein harian tanpa menambah kalori, individu boleh mengambil minuman shake protein sebagai tambahan kepada diet.

Diet ini memberikan protein yang kita perlukan tanpa lemak dan kalori tambahan daripada makanan kaya protein lain.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here