Home Hiburan MASING-MASING ADA AURA

MASING-MASING ADA AURA

176
0

TIADA istilah menumpang nama Ernie Zakri dan Aina Abdul, sebaliknya kumpulan Govinda mengakui dua penyanyi terkenal itu sama-sama membantu menjayakan konsert pertama mereka di Malaysia.

Konsert Govinda (Hal Hebat) berlangsung jam 8.30 malam di Zepp Kuala Lumpur pada 31 Oktober ini.

Penyanyi Govinda, Muhammad Irfan Hadari berkata, ketika Ernie berkunjung ke Indonesia, mereka dan media Indonesia menyambutnya dengan sangat baik.

“Walaupun kumpulan kami terkenal di Indonesia, tapi kami tak pernah anggap Ernie menumpang nama pun.

“Malah, kami bangga dengan pencapaian dan bakat luar biasa Ernie, sekali gus turut mempromosikannya di Indonesia.

“Begitu juga di Malaysia, tak ada istilah kami menumpang nama mana-mana penyanyi kerana masing-masing sudah mencipta nama dan memiliki populariti tersendiri,” katanya di sidang media Konsert Govinda Hal Hebat di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Selain Irfan, Govinda turut dianggotai Ade Nurulianto (gitar), Yosafat Luki Marendra (bass) dan Ritchie Ismail atau Jeje (dram).

Ade pula berkata, dia tidak menafikan lagu Masing-Masing yang juga ciptaannya untuk Ernie mendapat sambutan hangat bukan saja di Malaysia, tetapi juga Indonesia.

“Kami merancang bekerjasama lagi dengan Ernie tahun depan. Insya-Allah, Ernie akan menyanyi lagu baru ciptaan kami. Lagu sudah siap proses rakaman dan hanya tunggu masa dilancarkan,” katanya.

Selain Ernie dan Aina, kumpulan itu turut membuat kerjasama istimewa dengan penyanyi tempatan, Elica Paujin dan penyanyi kumpulan Padi dari Indonesia, Fadly.

Sementara itu, wakil penganjur dari Adimusiqa, Maryam Ellysha Zulkeflee berkata, konsert itu bukan saja dihiburkan oleh Govinda, penonton turut dihiburkan dengan barisan penyanyi yang pernah mendapat sentuhan ’emas’ dari Ade Govinda.

Antaranya ialah Fadly yang dibawa khas untuk memperdengarkan karya yang meraih kejayaan dengan jumlah tontonan lebih 30 juta di YouTube iaitu Tanpa Batas Waktu. – HMetro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here