Home Buletin Semasa LIMA PROJEK SELIAAN PAAB MENELAN KOS KESELURUHAN RM273 JUTA

LIMA PROJEK SELIAAN PAAB MENELAN KOS KESELURUHAN RM273 JUTA

167
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sebanyak lima projek kini di bawah seliaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) sedang dilaksanakan dan menelan kos keseluruhan sebanyak RM273 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif PAAB Ir Zulkiflee Omar berkata antara lima projek tersebut adalah termasuk tiga projek Loji Rawatan Air (LRA) dan dua projek penggantian paip lama serta uzur di negeri ini.

“Projek ini adalah dipanggil LRA Chicha Fasa 2 dengan jumlah kos sebanyak RM54.98 juta dan dijangkakan akan siap pada Januari 2026.

“Projek yang kedua adalah di Bukit Chupak dengan kapasiti 10 juta liter sehari (JLH) kos lebih kurang RM47.93 juta dan dijangka akan siap September 2025,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Pasir Hor, di sini, pada Selasa.

Selain itu, Zulkiflee berkata projek LRA yang ketiga adalah bertempat di Tanjong Mas melibatkan pembinaan sembilan buah telaga tiub yang menelan kos sebanyak RM14.67 juta.

Katanya, penggantian paip lama dan uzur pula dijangka akan siap pada Februari 2025 namun sebahagian sudah siap dan diserahkan kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

“Penggantian paip uzur di Kota Bharu Utara dan Kota Bharu Selatan sepanjang 113kilometer (km), projek tersebut kita bagi enam kawasan dan dua akan siap tahun ini, lagi tiga tahun depan,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here