Home Buletin Semasa KPM AMBIL SERIUS SITUASI BANJIR JEJAS SESI PERSEKOLAHAN

KPM AMBIL SERIUS SITUASI BANJIR JEJAS SESI PERSEKOLAHAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius berikutan situasi banjir yang melanda tiga buah negeri sehingga menjejaskan sesi persekolahan.

KPM dalam satu kenyataan menjelaskan, semua institusi yang terkesan banjir dan dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akan meneruskan pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Pihak sekolah akan memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapa atau penjaga sama ada kaedah itu melibatkan semua murid atau sebilangan murid tertentu sahaja.

Tambah KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah menggerakkan Smart Support Team (SST) dan Academic Support Team (AST) untuk membantu murid yang berada di PPS premis sekolah dari aspek kaunseling dan pembelajaran.

Setakat semalam, sebanyak enam institusi pendidikan termasuk lima sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah masih dilanda banjir di Kedah.

Manakala, 36 PPS premis sekolah dibuka melibatkan 20 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah iaitu Kedah – 34, Pulau Pinang – 1 dan Perak – 1.

Selain itu, seramai 1,056 murid masih berada di PPS manakala Perlis telah pulih sepenuhnya dengan semua PPS ditutup.

KPM akan terus memantau situasi banjir, bersiap siaga dan memastikan keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warganya. – KPM –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here