Home Sukan GOL LEWAT PERLAWANAN SELAMATKAN SPURS

GOL LEWAT PERLAWANAN SELAMATKAN SPURS

161
0

COVENTRY: Brennan Johnson menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan ketika Tottenham Hotspur meledak dua gol lewat perlawanan untuk menewaskan Coventry City dari liga kedua dengan keputusan 2-1 dan mara ke pusingan 16 terakhir Piala Liga.

Coventry mendahului 1-0 pada minit ke-87 namun pemain gantian Djed Spence berjaya menjaringkan gol penyamaan.

Johnson dimasukkan menggantikan Wilson Odobert yang cedera selepas 17 minit, menjaringkan gol lima minit kemudian untuk memastikan kemenangan.

Keputusan ini memberi kelegaan besar kepada pengurus Ange Postecoglou yang menjadi tumpuan sebelum perlawanan dengan dakwaan bahawa dia sentiasa memenangi trofi pada musim kedua di sesebuah kelab dan menurunkan barisan yang banyak berubah.

Sehingga gol lewat terhasil, Coventry kelihatan seperti akan melakar kejutan besar.

“Ia adalah perlawanan yang sukar. Tahniah kepada Coventry, saya fikir mereka cemerlang,” kata pengendali dari Australia itu mengenai pasukan yang mara ke separuh akhir Piala FA musim lalu.

“Ia adalah perlawanan piala dan mereka benar-benar memberi tekanan kepada kami. Kami terpaksa bertahan dan kami melakukannya.”

Kemenangan itu hadir selepas dua kekalahan dalam liga, termasuk kekalahan 0-1 di tempat sendiri kepada Arsenal Ahad lalu.

“Saya tidak fikir ada jalan penyelesaian yang mudah atau cepat untuk mencapai apa yang kami inginkan dan satu keputusan tidak mengubah perkara itu.

“Malam ini, sekurang-kurangnya pada penghujungnya, kami menunjukkan apa yang kami hilang dalam empat perlawanan pertama, sedikit semangat untuk mencari jalan kemenangan,” kata Postecoglou ketika ditanya tentang kepentingan keputusan itu. REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here