Home Sukan CHILES BELUM MAHU MENYERAH

CHILES BELUM MAHU MENYERAH

142
0

LOS ANGELES: Peguam gimnas Amerika Syarikat, Jordan Chiles memfailkan rayuan di Mahkamah Agung Switzerland dalam usaha membatalkan keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang melucutkan pingat gangsa Sukan Olimpik warga Amerika itu.

Chiles meraih gangsa dalam acara senaman lantai di Paris 2024 selepas semakan markah atas tahap kesukaran yang membenarkannya berada di pentas podium berbanding Ana Barbosu dari Romania.

Romania begitupun mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu dan keputusan CAS memihak kepada mereka, selepas mendapati rayuan semakan markah dilakukan atlet Amerika itu lewat dibuat beberapa saat.

Barbosu sejak dari itu dianugerahkan pingat berkenaan biarpun terus dipalit kontroversi manakala Chiles diarahkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk mengembalikan pingat berkenaan.

Namun peguam Chiles berkata, mereka akan mencabar keputusan atas dasar penghakiman CAS adalah cacat, dengan menyatakan mereka mempunyai rakaman video yang ‘secara jelas membuktikan’ bahawa rayuan semakan markah awal sudah dikemukakan dalam masa yang tepat.

Peguam gimnas itu juga berhujah bahawa ketua panel CAS yang memutuskan keputusan terhadap Chiles mempunyai ‘konflik kepentingan yang serius’ kerana pernah bertindak sebagai peguam untuk Romania selama beberapa tahun.

“Memandangkan kekurangan yang tidak dapat dinafikan ini, Chiles meminta Mahkamah Agung Persekutuan untuk mengembalikan semula markah yang dia perolehi pada peringkat akhir acara lantai,” kata peguam Gibson-Dunn dalam satu kenyataan. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here