Home Buletin Semasa KKR LULUS PERUNTUKAN KHAS UNTUK PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN FT50 BATU PAHAT –...

KKR LULUS PERUNTUKAN KHAS UNTUK PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN FT50 BATU PAHAT – MERSING

168
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KLUANG: Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meluluskan peruntukan khas di bawah Program Penyenggaraan Berkala Pavemen berjumlah RM 4.5 juta khusus untuk penyenggaraan Jalan Persekutuan FT50 Batu Pahat – Mersing.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam suatu kenyataan berkata kerja sudah bermula pada 5 September 2024 dan dijadualkan siap pada November 2024.

“Kerja yang sedang dilaksanakan termasuklah kerja – kerja menaik taraf permukaan jalan FT50 yang merupakan jalan dua hala empat lorong dan skop kerja melibatkan kerja -kerja mill and pave, pembinaan semula serta membuat garisan jalan.

“KKR berharap pasukan pemantau dan syarikat konsesi penyenggaraan dapat melaksanakan program kerja yang telah diluluskan berdasarkan jumlah siling kelulusan dan menepati mutu yang ditetapkan dari segi kualiti, kos dan masa demi manfaat 175,000 pengguna yang menggunakan jalan raya itu,”katanya dalam suatu kenyataan.

Katanya fokus berterusan terhadap jalan raya ini merupakan komitmen Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani dalam membina rangkaian jalan raya selaras dengan hasrat Program MYJalan KKR yang ingin menyediakan infrastruktur yang selesa dan selamat kepada semua rakyat Malaysia Madani secara konsisten.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here