Home Buletin Semasa 71,290 CALON LEPASAN STPM DAN SETARAF DITAWAR TEMPAT KE UNIVERSITI AWAM

71,290 CALON LEPASAN STPM DAN SETARAF DITAWAR TEMPAT KE UNIVERSITI AWAM

136
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Seramai 71,290 calon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) telah ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam suatu kenyataan media, berkata KPT telah menerima 105,424 permohonan yang layak bagi lepasan STPM/ Setaraf untuk melanjutkan pengajian menerusi UPUOnline.

Secara keseluruhannya, sebanyak 1,114 program pengajian Sarjana Muda telah ditawarkan bagi sesi kali ini.

Kemasukan pelajar ke institusi-institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.

Kepada calon yang tidak mendapat tawaran tempat pengajian, Kementerian kini telah membuka saluran peluang kedua melalui proses rayuan di UPUOnline dalam tempoh 10 hari, semalam, 6 September, jam 12.00 tengah hari sehingga 15 September, jam 5.00 petang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here