Home Buletin Semasa MASALAH GANGGUAN TIDUR

MASALAH GANGGUAN TIDUR

148
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Ramai yang mempunyai masalah gangguan tidur termasuk kesukaran untuk tidur, kerap terjaga di tenagh malam atau bangun terlalu awal dan tidak dapat Kembali tidur.

Gangguan ini boleh memberi kesan yang signifikan terhadap kesihatan fizikal dan mental seseorang.

Menurut portal myhealth orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. Gangguan tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur.

Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan gangguan tidur termasuk:

  • Gaya hidup – kerja syif yang kerap dan tidak teratur
  • Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan, kerap kencing waktu malam
  • Gangguan psikologikal atau penyakit mental contohnya skizofrenia , kemurungan, kebimbangan , stres dan lain-lain.
  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol
  • Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang

Tanda-tanda dan gejala

  • Tidur yang terlalu banyak (hypersomnia)
  • Tidur yang terlalu sedikit (insomnia)
  • Kelakuan yang luar biasa semasa tidur contohnya, berjalan dalam tidur (sleep walking), bangun tiba-tiba dalam ketakutan(sleep terror), kisaran gigi (tooth-grinding) dan sebagainya.

Kesan dan akibat

Masalah tidur boleh mengganggu corak pemikiran,emosi dan tingkah laku. Ia juga menjejaskan kerja, pembelajaran dan perhubungan interpersonal. Anda akan :

  • Letih dan mengantuk pada siang hari
  • Cepat menjadi marah
  • Sukar mengawal emosi
  • Sukar memberi tumpuan/perhatian
  • Kerap membuat kesilapan
  • Berisiko terlibat dalam kemalangan dan kecederaan

Rawatan

Dapatkan bantuan profesional

  • Doktor anda akan mengenal pasti penyebabnya dan memberi rawatan bergantung kepada punca tersebut.
  • Rawatan tingkahlaku melibatkan cara amalan tidur yang sihat dan teknik relaksasi
  • Doktor anda mungkin akan memberi ubatan yang sesuai.

Pencegahan

Gangguan tidur boleh dicegah menerusi pendekatan berikut:

  • Mengamalkan rutin tidur yang sihat dan teratur
  • Mengamalkan gaya hidup sihat dan pengurusan stres yang baik.
  • Hindari dari penyalahgunaan dadah, alkohol dan bahan larangan yang lain
  • Patuh kepada rawatan untuk masalah-masalah fizikal atau mental.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here