Home Luar Negara 15 TERBUNUH KILANG FARMASEUTIKAL DI INDIA MELETUP

15 TERBUNUH KILANG FARMASEUTIKAL DI INDIA MELETUP

200
0

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 15 terbunuh dalam satu letupan pada Rabu di sebuah kilang pembuatan farmaseutikal di Andhra Pradesh, selatan India.

“Angka kematian setakat ini adalah 15 orang dan berkemungkinan meningkat.

“Hampir 40 orang dilaporkan cedera dan operasi menyelamat sedang dijalankan, kata ketua polis daerah, M Deepika kepada Reuters

Kebakaran berlaku pada waktu petang di unit pembuatan Escientia Advanced Sciences seluas 16 hektar yang beroperasi sejak 2019 di daerah Anakapalli di negeri itu, menurut pegawai daerah, Vijaya Krishnan.

“Mereka yang cedera sudah dipindahkan ke hospital berdekatan. Nampaknya mungkin ada letupan di reaktor kimia, kata pejabat Krishnan kepada Reuters, sambil menambah bahawa letupan itu berlaku ketika waktu makan tengah hari di unit itu.

Escientia bagaimanapun masih tidak menjawab permintaan untuk mengulas mengenai kejadian itu.

Kerajaan negeri sudah mengarahkan siasatan terhadap kejadian berkenaan.

Tahun lalu, dua orang terbunuh, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan kebakaran serupa yang berlaku dalam reaktor pelarut di sebuah unit Sahithi Pharma di daerah Anakapalli. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here