Home Buletin Semasa DUA REMAJA MENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT KEMALANGAN DI TUMPAT

DUA REMAJA MENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT KEMALANGAN DI TUMPAT

164
0

Oleh: Afrizam Arif@Imedikel TV

TUMPAT: Dua penuntut lelaki yang menunggang motosikal maut dalam kejadian kemalangan jalan raya melibatkan tiga kenderaan di Jalan Pasir Pekan, Tumpat pada 1.20 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata kemalangan berkenaan melibatkan dua penuntut Kolej Vokasional Pengkalan Chepa, Mohammad Ameer Haziq Noor Ariff Irwantoo dan Muhammad Aqil Zulaini, masing-masing berumur 18 tahun.

Menurutnya hasil siasatan yang dijalankan mendapati semasa kejadian kereta jenis Honda BR-V yang dipandu lelaki tempatan berusia 50-an bergerak dari arah Kota Bharu ke Pasir Pekan.

“Setibanya di lokasi kemalangan, dua motosikal masing-masing ditunggangi lelaki tempatan berumur 18 tahun dari arah sama membuat pusingan U di laluan utama bertujuan berpatah semula ke Kota Bharu.

“Pemandu kereta tersebut gagal mengelak dan terlanggar kedua-dua penunggang itu menyebabkan mangsa terjatuh dan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Tumpat untuk dibedah siasat.

Katanya kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here