Home Buletin Semasa KPDN KELANTAN SITA 221 KG MINYAK MASAK BERSUBSIDI DAN 1488 KG GULA

KPDN KELANTAN SITA 221 KG MINYAK MASAK BERSUBSIDI DAN 1488 KG GULA

148
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas minyak masak dalam paket seberat anggaran 221 kilogram (kg) dengan nilai, serta gula pasir paket 1 kilogram (kg) seberat 1,488 kilogram (kg) dengan nilai keseluruhan RM29,961.60.

Serbuan oleh Pasukan Penguat Kuasa KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor pada jam 6.10 petang kelmarin di hadapan sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Bechah Resak, Cabang Empat, Tumpat, membawa kepada penemuan barang kawalan tersebut.

Dalam pada itu tiada sebarang tangkapan kerana suspek berjaya melarikan diri tanpa dapat dikesan. Pasukan mengesyaki saspek menghidu pergerakan pasukan.

Namun begitu, pihak berkuasa berjaya menyita sebuah lori jenis HICOM berpendaftaran tempatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti penyeludupan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.

Operasi bersepadu itu bagi membanteras aktiviti penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan bersubsidi di kawasan sempadan Kelantan. Pihak berkuasa menggesa orang ramai untuk menyalurkan maklumat jika terdapat sebarang kegiatan penyelewengan atau penyeludupan barang kawalan di kawasan mereka.

KPDN Kelantan akan terus membanteras penyelewengan barang kawalan di sempadan negara dari masa ke semasa bagi memastikan kegiatan ini dapat dibanteras sepenuhnya.

KPDN Kelantan juga memastikan supaya pengguna dapat menikmati subsidi yang diberikan kerajaan dan agar peniaga mematuhi perundangan yang ditetapkan, selain memastikan juga bekalan agar mencukupi kepada pengguna.

KPDN Kelantan bertegas tidak berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang membanteras sindiket penyelewengan subsidi barang kawalan demi kepentingan rakyat.

Pengguna atau orang awam diingatkan untuk menyalurkan maklumat atau sebarang pertanyaan di saluran rasmi yang disediakan. – KPDN –

IMedikel TV



LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here