Home Sukan LYDIA MASIH BELUM PERCAYA RAIH EMAS

LYDIA MASIH BELUM PERCAYA RAIH EMAS

148
0

AYRSHIRE: Pemain golf New Zealand, Lydia Ko yang memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024 serta-merta layak memasuki Dewan Kemasyhuran LPGA.

Ini adalah perkembangan yang mengagumkan, sehingga pemain berusia 27 tahun itu tidak pasti sama ada cerita dongengnya itu nyata atau hanya mimpi.

“Saya sebenarnya tidak tahu jika ini sudah benar-benar meresap,” kata Lydia dua hari sebelum Terbuka Scotland di Ayrshire, Scotland.

“Saya tidak tidur malam kerana perjalanan dan sebagainya. Jadi saya hanya tidur untuk kali pertama pada malam Ahad. Ia agak seakan mimpi. Saya terjaga, seperti, adakah itu mimpi? Adakah itu benar-benar berlaku?.”

Ia memang benar, dan pingat emas untuk Lydia yang dilahirkan di Korea Selatan memberikannya mata yang diperlukan untuk memasuki Dewan Kemasyhuran LPGA.

“Amat menggembirakan. Saya mendapat sokongan yang sangat banyak daripada pemain dan orang-orang yang saya kenal, dan sangat bersyukur atas peluang sekali seumur hidup ini.

“Jadi, di manakah Lydia menyimpan pingat emasnya? Ia berada dalam beg galas saya. (Ia belum) diletakkan dalam bekas lagi,” katanya. Saya belum dapat menghargainya sepenuhnya. Tapi ia ada di situ sekarang.

“Saya sebenarnya tidak melihat (pingat) itu selama beberapa hari. Ketika saya terbang dengannya, agak pelik untuk mengeluarkannya kerana tidak semua orang tahu bahawa saya seorang atlet atau seorang Olimpian atau bahawa saya memenangi pingat.

“Jadi ia agak janggal pada masa-masa tertentu. Saya tidak benar-benar mahu – seperti saya tidak rasa itu membanggakan tetapi saya terpaksa.” ­– REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here