Home Buletin Semasa AMALKAN KONSEP KEJIRANAN, SIKAP AMBIL TAHU ELAK REMAJA LARI DARI RUMAH

AMALKAN KONSEP KEJIRANAN, SIKAP AMBIL TAHU ELAK REMAJA LARI DARI RUMAH

146
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun menasihatkan orang ramai agar cakna dengan kejiranan bagi mengelakkan berlakunya kes anak remaja melarikan diri dari rumah di masa kini.

“Kebanyakan remaja yang melarikan diri dari rumah akibat tekanan. Jadi mereka pergi ke rumah saudara mara. Tetapi kami dapat laporan melarikan diri dari rumah.

“Jadi kita patut melihat supaya konsep kejiranan itu kena wujud, jangan cepat buat andaian sehingalah budak itu hilang. Jadi, kena berhubung antara satu sama lain,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Balai Polis Kok Lanas di sini, pada Khamis.

Konsep kejiranan itu penting bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Kadang di sekolah kita nampak anak jiran kita masih menunggu, kita perlu ambil tahu. Kita kena ada perasaan untuk ambil tahu.

“Tanya dia nak pergi mana atau boleh hubungi ibu bapa mereka untuk bertanya. Contohnya kenapa tidak ambil lagi anak.

“Jadi kalau kita tidak amalkan begitu, akhirnya remaja ini macam tidak dipedulikan dan diabaikan,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here