Home Hiburan SANTAI, TENANG DENGAN BLUES GANG

SANTAI, TENANG DENGAN BLUES GANG

167
0

KUALA LUMPUR: Blues mungkin genre muzik yang kurang diberi perhatian dalam arena muzik arus perdana tanah air.

Namun, tiada siapa boleh menyangkal kehebatan kumpulan Blues Gang yang mungkin satu-satunya kumpulan blues ‘mainstream’ tanah air sejak era 1970-an hingga hari ini.

Ini dibuktikan kumpulan dianggotai Ito Mohd (penyanyi, harmonika), Julian Mokhtar (gitar) dan Tok Ghani (keyboard) itu dalam Konsert Blues Gang : Apo Nak Dikato di Zepp Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.

Walaupun mencatat kehadiran agak sederhana dengan kira-kira 1,000 penonton, tetapi ia sudah cukup membuatkan mereka terhibur dengan Blues Gang.

Yang pasti, ia bukan konsert yang serabut dan bingit, tetapi tenang sebenarnya.

Turut bersama Blues Gang dalam konsert anjuran AV Group itu ialah Kit Afero (gitar) yang juga anak kepada Ito, Munir Shamsudin (dram), Shaharudin Sharif (bass) dan Satiman (keyboard).

Blues Gang yang kehilangan dua anggotanya dalam termpoh lima tahun iaitu pengasas, Jim Mandasamy (bass) yang meninggal dunia pada 2018 dan Shaik Karim (dram) tahun lalu, tetap bersemangat meneruskan perjuangan blues mereka.

Dalam konsert ini Blues Gang mempersembahkan hampir semua lagu popular mereka antaranya Oh Mak Siti, Ibu, Jumpo Kawan Lamo, Sakit Sakit Sakit, Cinta Oh Cinta, Katakan, Ribut Pendamai, Ku Tetap Menanti, Khatulistiwa, Oh Mama Saya Mahu Kahwin dan Apo Nak Dikato.

Ia turut menampilkan dua penyanyi undangan iaitu Alex Terry dari Australia dan Shasya Zainal. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here