Home Buletin Semasa DUA PARTI TUNJUK KEMATANGAN DALAM BERKEMPEN DI PRK NENGGIRI – KP KELANTAN

DUA PARTI TUNJUK KEMATANGAN DALAM BERKEMPEN DI PRK NENGGIRI – KP KELANTAN

239
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kedua-dua parti menunjukkan kematangan sepanjang kempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, di sini.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, maklum balas yang beliau terima adalah positif.

“Pada saya aman, tiada masalah. Setiap maklum balas saya dapat berjalan dengan baik,”  katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Balai Polis Kok Lanas di sini, hari ini.

Beliau berharap ia berkekalan dalam tempoh seminggu ini sebelum pengundian.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersedia dan kita telah meletakkan anggota yang cukup.

“Ini bagi memastikan persekitaran di sana berjalan dengan lancar bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan setakat ini masih tidak ada.

“Saya amat berharap dan saya yakin sehingga hari mengundi ia akan berjalan dengan baik,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here