Home Buletin Semasa DUA WARGA EMAS DIREMAN DISYAKI TERLIBAT PENYELEWENGAN BAHAN PETROLEUM

DUA WARGA EMAS DIREMAN DISYAKI TERLIBAT PENYELEWENGAN BAHAN PETROLEUM

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Dua warga tempatan masing-masing berusia 50an-70an direman selama tiga hari  di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan telah membuat permohonan tersebut terhadap dua suspek itu.


Permohonan telah dibenarkan tahanan reman oleh Majistret Mohd Izdham Che Ani bagi tindakan melengkapkan siasatan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Terdahulu suspek ditahan oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga di sekitar Tumpat, Kelantan pada kelmarin.

Semasa serbuan pasukan telah menahan dan merampas kenderaan dan muatan disyaki berisi minyak petrol dipercayai akan diselewengkan.

Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi individu dan RM 2 juta bagi perbadanan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

KPDN Kelantan memberikan amaran keras kepada mana-mana individu yang menjalankan aktiviti yang tidak bermoral ini, seterusnya tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi. – KPDN-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here