Home Buletin Semasa ANJING DAN KUCING JALANAN SEMAKIN MENINGKAT

ANJING DAN KUCING JALANAN SEMAKIN MENINGKAT

273
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jumlah kucing dan anjing jalanan yang terbiar khususnya sekitar Kota Bharu semakin meningkat menyebabkan haiwan tersebut menderita kelaparan, berpenyakit dan kecederaan pada badan.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) BRI, Halimie Md Salleh, berkata tanggungjawab pemilik kucing bukan sahaja memberi makan tetapi perlu memastikan haiwan peliharaan dalam keadaan baik terutama ketika sakit.

“Saya lihat sudah menjadi trend orang ramai membiarkan kucing ataupun anjing terbiar apabila sakit disebabkan oleh kos rawatan haiwan tersebut yang akan membebankan pemilik haiwan itu.

“Sebelum ini, aduan tentang anjing memang ada setiap hari tetapi tidak pelik kerana populasi anjing semakin meningkat, namun sekarang ini aduan tentang kucing juga semakin bertambah,” katanya kepada pemberita ketika sidang media Pet Expo Kelantan 2024, di Dewan Jubli Perak MPKB – BRI, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mengambil inisatif untuk memberi kesedaran kepada pemilik haiwan menerusi program itu supaya lebih cakna akan kucing dan anjing meskipun haiwan itu bukan peliharaan mereka.

“Pemelihara perlu menjaga pemakanan haiwan peliharaan mereka dari segi vitamin, kebersihan, vaksin dan sebagainya,” katanya.

Jelasnya, program tersebut berlangsung selama dua hari bermula dua hingga tiga Ogos sempena “Kempen Sayangi Haiwan Peliharaan”.

“Antara pengisian yang diadakan adalah saringan kesihatan haiwan peliharaan, ceramah tentang dandanan kucing untuk cantik dan sihat, persembahan “magic show” dan “parrot free fly”.

“Manakala, pada hari kedua pula, terdapat aktiviti seperti “briskwalk” bersama haiwan kesayangan, pertandingan kucing cantik serta orang ramai yang datang berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah,” katanya.

IMedikelTV.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here