Home Sukan PENINJU WANITA NIGERIA, POSITIF DOPING

PENINJU WANITA NIGERIA, POSITIF DOPING

152
0

PARIS: Peninju Nigeria yang beraksi dalam kategori lightweight, Cynthia Ogunsemilore digantung sementara selepas dia diuji positif menggunakan bahan terlarang menjelang perlawanan pembukaannya di Sukan Olimpik Paris 2024, kata Agensi Pengujian Antarabangsa.

Cynthia diuji positif menggunakan furosemide, tersenarai dalam larangan WADA, ketika ujian doping luar pertandingan yang diambil pada hari Khamis.

about:blank “Atlet itu sudah dimaklumkan mengenai kes itu dan digantung sementara sehingga penyelesaian kes itu selaras dengan Kod Anti-Doping Dunia dan Peraturan Anti-Doping Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa,” kata ITA.

“Ini bermakna atlet itu dilarang daripada bertanding, berlatih, melatih, atau menyertai sebarang aktiviti semasa Paris 2024.

“Atlet itu mempunyai hak untuk mencabar penggantungan sementara ini di hadapan Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan – Bahagian Anti-Doping.

“Dia turut mempunyai hak untuk meminta analisis sampel B,” kata ITA

Cynthia adalah pemenang gangsa Sukan Komanwel dan juara Sukan Afrika dijadualkan bertemu dengan Wu Shih Yi dari Taiwan dalam perlawanan pusingan 16 Selasa ini. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here