LONDON: Seekor kura-kura menyebabkan perkhidmatan kereta api di United Kingdom (UK) tergendala hingga penumpang mengalami kelewatan selepas reptilia itu ‘menceroboh’ masuk ke landasan.
Portal Sky News memetik South Western Railway melaporkan, pemandu kereta api ternampak kura-kura bernama Solomon di landasan berhampiran stesen Ascot selepas jam 6 petang.
Reptilia itu dilaporkan bergerak dengan pantas ke arah Bagshot.
Jurutera membawa Solomon keluar dari landasan manakala kakitangan mengalihkan kura-kura itu ke kawasan selamat di platform di Ascot.
Walaupun kakitangan merancang untuk meninggalkan reptilia itu dengan doktor haiwan di Staines, pemilik kura-kura itu mengenal pasti Solomon dan mengambilnya kira-kira jam 8 malam.
South Western Railway berkata , kakitangan terbabit mendapati kura-kura itu tidak mengalami kecederaan.
Sebaliknya, kehadiran haiwan itu menyebabkan gangguan minimum kepada perkhidmatan.
Sementara itu, Network Rail Wessex memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
Pihak pengurusan berkenaan memaklumkan Solomon berada landasan kerana boleh memasuki kawasan itu melalui celah pagar.
Sebelum ini, berlaku gangguan teknologi maklumat (IT) global yang menyebabkan ramai menaiki kereta api Britain pada pagi Jumaat.
Lebih banyak kelewatan dilaporkan antara Ascot dan Bagshot lewat petang itu. – AGENSI, HMetro Online –
IMedikel TV






