Home Sukan POGACAR MENANG TOUR DE FRANCE KALI KETIGA

POGACAR MENANG TOUR DE FRANCE KALI KETIGA

323
0

NICE, Perancis: Tadej Pogacar menyanjung “generasi emas” baharu dalam sukan berbasikal selepas merangkul kejuaraan Tour de France kali ketiga awal pagi tadi bagi menokok kejayaannya pada tahun 2020 dan 2021.

Pelumba berusia 25 tahun dari Slovenia itu menang perlumbaan ujian masa pada hari terakhir dengan juara bertahan Jonas Vingegaard muncul di tangga kedua 63 saat di belakang untuk memastikan tempat kedua keseluruhan di depan Remco Evenepoe.

Kemenangan itu turut membolehkan Pogacar muncul pelumba pertama memenangi kejuaraan berganda Giro d’Italia-Tour de France dalam satu musim sejak Marco Pantani pada 1998.

“Ia satu perjalanan yang mengagumkan. Satu pertarungan sengit dengan Jonas dan Remco. Terlalu banyak insiden berlaku,” katanya.’

“Kami berada dalam generasi emas sukan berbasikal. Permusuhan dengan Remco (Evenepoel), Jonas (Vingegaard), Primoz (Roglic) amat luar biasa. Kami perlu menggunakan kelebihan detik ini.”

Pogacar menang enam peringkat pada edisi Tour kali ini, seperti yang dilakukannya ketika mengungguli Giro pada awal musim.

“Untuk meraih kemenangan berganda amat mengagumkan,” kata Pogacar yang muncul naib juara di belakang Vingegaard bagi dua tahun terakhir.

“Apabila saya menang Giro, sesetengah orang berkata ia akan menjadi penyelamat buat saya jika tidak menang Tour. Memenangi Tour masih mewakili satu tahap di atas dan memenangi kedua-duanya pada satu tahap berikutnya.”

Perlumbaan basikal terhebat di dunia, yang disiarkan di seluruh dunia, menampilkan penamat baharu di French Riviera susulan Sukan Olimpik di Paris.

Sebaliknya perlumbaan hari terakhir yang sebelum ini diadakan di sekitar Champs-Elysees, diadakan di luar ibu kota bagi mengelak gelanggang pertandingan Sukan Olimpik. – AFP,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here