Home Segmen Kesihatan FAKTOR GIGI BERLAPIS

FAKTOR GIGI BERLAPIS

134
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Gigi berlapis adalah keadaan di mana gigi tidak tumbuh dengan tersusun.

Namun, ada yang mengatakan gigi berlapis mempunyai keunikan tersendiri apabila tersenyum.

Bagaimanapun, ia mempunyai pelbagai faktor tumbuhnya gigi berlapis, antaranya ialah:

1. Genetik: Faktor keturunan sering menjadi penyebab utama. Jika salah satu atau kedua orang tua mempunyai gigi berlapis, kemungkinan besar anak-anak mereka juga akan mempunyai masalah yang sama.

2. Ruang yang tidak cukup di rahang: Sekiranya rahang terlalu kecil untuk menampung semua gigi yang tumbuh, gigi akan mencari ruang di tempat lain, menyebabkan gigi berlapis.

3. Kehilangan gigi susu yang terlalu cepat atau terlalu lambat: Kehilangan gigi susu pada waktu yang tidak tepat menyebabkan gigi kekal tumbuh dalam keadaan yang tidak sepatutnya.

4. Kebiasaan Buruk: Kebiasaan seperti menghisap jari atau menggunakan botol susu dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan gigi menjadi tidak rata.

5. Trauma atau kecederaa: Kecederaan pada rahang atau mulut boleh menyebabkan perubahan pada keadaan gigi.

6. Penyakit atau keadaan perubatan: Beberapa keadaan perubatan atau penyakit yang mempengaruhi pertumbuhan tulang dan gigi juga boleh menyebabkan gigi berlapis.

Bagi mengatasi masalah ini, ramai individu yang mempunyai masalah ini memilih untuk menjalani rawatan ortodontik seperti pemasangan pendakap gigi (braces).

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here