Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
BACHOK: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Pasir Mas mencatat mata tiga gol dalam acara pertandingan futsal menentang Parlimen Bachok, di padang Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, malam tadi.
Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, pertandingan tersebut masing-masing diwakili oleh lima kanak-kanak tabika KEMAS menerusi Sambutan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS peringkat negeri Kelantan 2024.

“Saya lihat mereka sangat bersemangat dalam bertanding namun kalah menang itu adalah adat pertandingan, bagaimanapun bagi saya kesemua antara mereka adalah juara,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Sambutan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS peringkat negeri Kelantan, di sini, malam tadi.
Selain itu, sambutan tersebut turut dimeriahkan oleh perarakan kontinjen KEMAS dengan pelbagai tema daripada 14 parlimen di negeri Kelantan.

“Juara bagi perarakan terbaik adalah dinobatkan kepada kontinjen KEMAS parlimen Ketereh manakala khemah tercantik dimenangi oleh parlimen Pasir Mas,” katanya.
IMedikel TV






