Home Luar Negara PALESTIN SIFATKAN KEPUTUSAN ICJ ‘BERSEJARAH’, ISRAEL PULA KECAM

PALESTIN SIFATKAN KEPUTUSAN ICJ ‘BERSEJARAH’, ISRAEL PULA KECAM

195
0

Baitulmaqdis: Kepimpinan Palestin memuji keputusan mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bahawa pendudukan Israel di wilayah Palestin adalah tindakan haram, lapor AFP.

Bagaimanapun, keputusan ICJ itu dikecam Israel.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, ICJ membuat “keputusan pembohongan” dengan mendapati bahawa dasar dan amalan Israel sama dengan pengilhakan sebahagian besar wilayah yang diduduki.

Sementara pejabat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengalu-alukan keputusan bersejarah itu dan menuntut supaya Israel supaya akur dalam melaksanakan dapatan berkenaan.

Semalam, Bernama yang memetik Sputnik, melaporkan, ICJ memutuskan bahawa aktiviti penempatan Israel di Wilayah Palestin melanggar undang-undang antarabangsa, kata Presiden ICJ, Nawaf Salam

Semasa pendengaran, Salam berkata, mahkamah itu mengesahkan bidang kuasanya untuk mengeluarkan pendapat nasihat mengenai akibat undang-undang pendudukan Israel di Wilayah Palestin, dengan menyatakan bahawa ia mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai perkara itu, lapor Sputnik.

Dasar penempatan Israel tidak mematuhi kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa, kata Salam kepada mahkamah.

Beliau berkata, aktiviti penempatan Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa terus berkembang.

Pendudukan Israel di Wilayah Palestin adalah pengilhakan de facto, yang melanggar hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, katanya.

ICJ di The Hague mengadakan pendengaran dari 19 hingga 26 Februari mengenai kesan perundangan terhadap pendudukan Israel di Wilayah Palestin, termasuk Baitulmaqdis Timur.

Semasa mesyuarat itu, lebih daripada 50 negara dan tiga organisasi antarabangsa – Liga Negara-Negara Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam dan Kesatuan Afrika – membincangkan isu berkenaan.

Delegasi Palestin menggesa mahkamah untuk mengisytiharkan pendudukan Israel di wilayahnya sebagai tidak sah kerana ia boleh menjadi harapan terakhir untuk penyelesaian dua negara.

Dalam pada itu, menurut AFP, keputusan ICJ itu secara undang-undangnya tidak mengikat, tetapi perlaksanaannya bergantung kepada pihak yang terbabit. – AGENSI, HMetro –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here