Home Buletin Semasa ‘MATI RASA HANYA KERANA DIKECEWA DAN DISIA-SIA’, LUAHAN TERAKHIR NUR FARAH KARTINI

‘MATI RASA HANYA KERANA DIKECEWA DAN DISIA-SIA’, LUAHAN TERAKHIR NUR FARAH KARTINI

171
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: “Mati rasa hanya kerana dikecewa dan disia-sia.”

Demikian hantaran terakhir di akaun Threads bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang ditemukan maut dipercayai dibunuh selepas dilaporkan hilang 10 Julai lalu.

Hantaran itu tular di media sosial dan dikongsi ribuan pengguna media sosial.

Rata-rata pengguna menitipkan ucapan salam takziah serta doa kepada Nur Farah Kartini dan kata-kata semangat kepada keluarga mangsa.

Hantaran itu dimuat naik pada 8 Julai iaitu dua hari sebelum dia dilaporkan hilang seperti meluahkan rasa kekecewaan dihatinya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan hantaran dibuat mangsa.

Sebelum ini, IMedikel TV melaporkan mangsa yang berasal dari Miri, Sarawak, hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Perak.

Namun, mayat mangsa ditemukan pada petang Isnin, 15 Julai.

Media melaporkan, mayat mangsa ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, tidak jauh dari Felda Gedangsa di Hulu Selangor pada jam 6 petang, sebelum polis menahan seorang penjawat awam lelaki berusia 26 tahun.

Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan turut mengesahkan suspek adalah seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here