Home Buletin Semasa KONTRAKTOR AKAN DAPAT BANTUAN SEGERA BAGI MENAMPUNG PENINGKATAN KOS PEMBINAAN

KONTRAKTOR AKAN DAPAT BANTUAN SEGERA BAGI MENAMPUNG PENINGKATAN KOS PEMBINAAN

192
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Kerja Raya menjangkakan mekanisme perubahan harga atau Variation of Price (VOP), untuk membantu kontraktor yang terkesan dengan kenaikan kos bahan binaan, dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Timbalan  Menterinya, Datuk seri Ahmad Maslan, berkata setakat ini, kementerian merekodkan kos bahan binaan meningkat antara tujuh hingga sembilan peratus.

“Pada minggu lepas pihak Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) memohon pertimbangan mengenai VOP kepada kontraktor yang dilaksanakan sebelum pengumuman penyelarasan subsidi diesel.

“Baru-baru ini Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyatakan bahawa Kementerian Kewangan bersetuju dan akan ada perbincangan dalam masa terdekat, berapakah peratusan  VOP yang akan diberikan kepada kontraktor yang terlibat dalam projek-projek sebelum penyelarasan subsidi diesel.

“Selepas penyelarasan subsidi diesel  VOP tersebut  sudah tentu termasuk  dalam harga yang kita tawarkan dalam keputusan Surat Setuju Terima (SST) dan dokumen kontrak, jadi ia tidak berbangkit kepada kontraktor selepas penyelarasan subsidi,”katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media selepas Majlis Perasmian mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Kelantan, di sini, hari ini.

Katanya kontraktor tersebut terdiri daripada semua peringkat G1 hingga G7 dan mereka pernah terlibat dalam projek sebelum kerajaan memutuskan untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi diesel.

Ahmad berkata kontraktor yang menjalankan projek sebelum rasionalisasi subsidi diesel yang diperkenalkan pada 10 Jun lalu tidak terjejas.

Pada 14 Julai lalu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata klausa VOP, jika dilaksanakan, hanya terpakai kepada kontraktor yang projek mereka terjejas akibat subsidi yang disasarkan.

Beliau berkata kontraktor, bagaimanapun, perlu menunjukkan bagaimana kenaikan harga diesel memberi kesan kepada mereka.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here