Home Luar Negara TRUMP TERSELAMAT DALAM TEMBAKAN KETIKA KEMPEN

TRUMP TERSELAMAT DALAM TEMBAKAN KETIKA KEMPEN

196
0

BUTLER, (Amerika Syarikat) : Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bekas Presiden, Donald Trump selamat selepas beberapa tembakan kedengaran ketika kempennya di Pennsylvanua.

Video menunjukkan Trump mengangkat tangan dan menutup telinga kanannya, sebelum anggota Perkhidmatan Rahsia AS datang mengerumuninya.

Kejadian berlaku ketika pemimpin Republikan itu baru memulakan ucapannya, menjadikan keadaan panik tercetus dalam kalangan penyokongnya yang hadir.

Ketika ejen Perkhidmatan Rahsia mengerumuninya dan video langsung turut menunjukkan darah di sebelah kanan muka dan telinga Trump. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here