Home Buletin Semasa KPDN KELANTAN TUMPASKAN CUBAAN SELEWENG 476 KG MINYAK MASAK BERSUBSIDI

KPDN KELANTAN TUMPASKAN CUBAAN SELEWENG 476 KG MINYAK MASAK BERSUBSIDI

140
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas 476 kilogram (kg) minyak masak dan sebuah kenderaan dengan jumlah nilai rampasan RM6,190.

Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan menjalankan satu operasi pencegahan penyelewengan barang kawalan di sekitar Tumpat, di sini, petang kelmarin.

Berdasarkan maklumat risikan, sebuah kenderaan tempatan disyaki membawa sejumlah kotak-kotak mengandungi minyak masak paket bersubsidi untuk tujuan penyeludupan ke negara jiran.

Pasukan operasi berjaya mengesan kenderaan jenis Perodua Kancil berpendaftaran tempatan yang sedang parkir di tepi jalan Pohon Pulai, Bunohan, di sini.

Walau bagaimanapun saspek disyaki telah melarikan diri ke arah semak berhampiran dan gagal dikesan pasukan.

Hasil pemeriksaan lanjut pada jam 7.40 pagi kelmarin mendapati sejumlah kotak-kotak mengandungi minyak masak paket bersubsidi di tempat duduk penumpang dan bahagian belakang kenderaan tersebut.

Walau bagaimanapun saspek disyaki telah melarikan diri ke arah semak berhampiran dan gagal dikesan pasukan.

Hasil pemeriksaan lanjut pada jam 7.40 pagi kelmarin mendapati sejumlah kotak-kotak mengandungi minyak masak paket bersubsidi di tempat duduk penumpang dan bahagian belakang kenderaan tersebut.

476kg minyak masak bersubsidi dirampas.

Selanjutnya kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

KPDN Kelantan sentiasa peka serta melipat gandakan usaha membanteras ketirisan barang kawalan di sempadan negara ini bersama dengan agensi berkaitan sempadan dari masa ke semasa.

Dalam masa yang sama Penguat Kuasa KPDN Kelantan mempergiatkan lagi usaha dengan mengadakan Pemantauan dan Rondaan Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di stesen-stesen minyak sekitar radius 50km dari sempadan negara.

KPDN Kelantan memberikan amaran keras kepada mana-mana individu yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral penyelewengan barang kawalan supaya menghentikan segera serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan tindakan tegas akan diambil selanjutnya. – KPDN –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here