Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Kekejangan pada muka sering berlaku sehinggakan menyebabkan muka kita menjadi herot.Keadaan itu lebih dikenali sebagai Bell’s Palsy.
Bell Palsy adalah satu kelemahan otot muka disebabkan oleh inflamasi pada urat muka. Inflamasi ini meningkat di sekitar saraf muka yang mana ia melalui tengkorak dari otak.
Inflamasi ini juga boleh menekan urat saraf. Sebahagian atau sepenuhnya urat saraf akan berhenti berfungsi sehingga inflamasi berkurangan. Otot muka tidak akan berfungsi sekiranya tidak disaraf oleh urat muka.
Ia berlaku secara tiba-tiba, biasanya di sebelah muka. Ia paling biasa berlaku di antara umur 10 dan 40 tahun. Faktor penyebabnya masih kurang jelas.
Walau bagaimanapun kebanyakan kes adalah mungkin disebabkan oleh jangkitan virus. Majoriti pesakit pulih dalam tempoh 2-3 bulan. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan Bell’s palsy dan kesannya kepada kedua-dua lelaki dan wanita adalah sama.
Seseorang itu boleh mendapat Bell’s palsy bila-bila masa sahaja. Bagi sesetengah orang, tiada tanda- tanda kelihatan pada waktu malam sebelum tidur tetapi selepas bangun dari tidur, mereka akan mendapati sebahagian muka menjadi tidak berfungsi.
Bagi sesetengah orang pula, sebelum mereka mengalami kelemahan pada otot muka, mereka akan merasa sakit di belakang telinga. Lain-lain komen pula adalah kedengaran bunyi seolah-olah kuat beberapa hari yang luar biasa dan tidak selesa sebelum berlakunya kelemahan. Dalam masa satu atau dua hari, kelemahan ini akan meningkat. Kebanyakan orang mula pulih dalam beberapa minggu dan pulih sepenuhnya dalam masa tiga bulan.
Bagi kebanyakan orang fungsi saraf pulih secara beransur-ansur. Tanda-tanda akan mula beransur pulih kira-kira 2-3 minggu, dan biasanya hilang dalam masa dua bulan. Dalam beberapa kes, ia boleh mengambil masa sehingga dua belas bulan untuk pulih sepenuhnya.
Dalam beberapa kes, gejala-gejala ini akan mengambil masa yang lama untuk pulih. Beberapa kelemahan boleh menjadi kekal selama-lamanya. Walau bagaimanapun, sedikit kelemahan bahagian muka boleh didapati tetapi tidak begitu ketara. Secara keseluruhannya, tiada yang tidak pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang akan pulih dengan mempunyai sedikit kelemahan otot muka.
Kelemahan pada otot muka akan berlaku dengan cepat dalam beberapa jam dan akan menjadi lebih lemah dalam beberapa hari. Kelemahan otot ini berbeza dimana ada otot yang lemah sedikit manakala ada otot yang terlalu lemah.
Antara tanda – tandanya adalah ;
- Sebelah muka anda akan menjadi lemah dan apabila anda senyum, hanya sebelah otot muka yang berfungsi.
- Tidak berupaya untuk mengunyah makanan. Makanan mungkin akan terperangkap diantara lelangit dan gusi. Minuman dan air liur juga akan meleleh dari tepi mulut.
- Anda tidak berupaya menutup mata dan ini menyebabkan mata akan menjadi kering atau air mata akan mengalir keluar.
- Anda tidak dapat kedutkan dahi anda, tidak dapat meniup ataupun mengembangkan pipi.
- Anda juga akan bermasalah dalam sebutan perkataan yang bermula dengan huruf P.
- Sesetengah orang tidak menghadapi kesakitan manakala segelintir orang akan mengalami kesakitan dibelakang telinga untuk beberapa hari.
- Anda juga akan kedengaran suara/ bunyi dengan kuat walaupun bunyi itu tidak terlalu kuat.
- Deria rasa juga akan terjejas.
Terdapat rawatan yang boleh dilakukan oleh pesakit Bel Palsy iaitu senaman muka. Latihan akan membantu untuk menguatkan otot tertentu pada muka dan perlu dilakukan 4-5 kali sehari di depan cermin atau mengikut nasihat fisioterapi anda. Cermin itu juga akan membantu anda mengelakkan otot muka yang tidak lemah menguasai sebelah otot muka yang lemah. Senaman muka yang dilakukan untuk melatih otot supaya informasi diberikan kepada otot-otot muka untuk bergerak. Ini akan membantu anda beralih kembali menggunakan otot muka anda dan pulih daripada Bell’s Palsy.
Senaman muka untuk Bell’s Palsy melibatkan beberapa otot muka yang berlainan. Apa yang perlu dilakukan adalah:
- Senaman muka boleh dibuat di rumah.
- Anda haruslah sabar dan menguatkan otot muka secara beransur-ansur.
- Senaman perlu dilakukan tidak kurang daripada tiga kali
- Kekerapan dan ulangan senaman ini haruslah dilakukan secara beransur-ansur mengikut perkembangan otot muka anda.
- Tumpukan perhatian anda semasa bersenam – fokus pada pergerakkan otot muka yang tidak lemah dan cuba praktiskan pada otot muka yang lemah dengan perlahan lahan.
- Senaman harus dilakukan dalam tempoh yang sikit tetapi kekerapan nya perlulah meningkat. Kuantiti tidak penting manakala kualiti pergerakkan adalah penting. Oleh itu, jangan lakukan senaman apabila anda letih. Adalah bagus membuat latihan senaman muka beberapa kali dengan betul daripada melakukan banyak senaman otot muka yang salah.
Imedikel TV






