Home Buletin Semasa CENDOL ABE LI ADA PEMINAT TERSENDIRI

CENDOL ABE LI ADA PEMINAT TERSENDIRI

187
0

Hisham berkata, cendol Abe Li istimewa dan tidak terdapat di mana-mana kedai.

Katanya, mungkin disebabkan itu, cendol Abe Lie mempunyai peminat tersendiri.

“Keistimewaan cendol ni, cendol sini dia lain sikit, lain daripada lain. nise sini nise pekat pekat molek.keistimewaan dia lain dia ada cendol nyor tok supo kedai lain, cendol jagung.” – Nur Hisham Zarmi, anak saudara Abe Lie Cendol

Menurut hisham, sambutan cendol di sini amat menggalakkan terutamanya di musim cuti persekolahan.

katanya, antara cendol yang menjadi pilihan peminat adalah isi kelapa.

“Best seller sini, isi kelapa muda, mungkin tak dop tempat lain.” – Nur Hisham Zarmi, anak saudara Abe Lie Cendol

Selain daripada cendol isi kelapa, terdapat beberapa jenis lagi cendol yang boleh didapati di sini termasuk cendol campur, jagung manis, kacang merah dan buah kabung.

Selain cendol, mereka juga menyediakan air kelapa dan air batu campur atau lebih dikenali abc.

“Air nyor ni kita boleh buat air kelapa bandung, pastu air nyor susu jagung, air nyor susu jagung ni ganti air coconut shake sebab tempat lain dia guna aiskrim sini takdop aiskrim ganti gn jagung.” – Nur Hisham Zarmi, anak saudara Abe Lie Cendol

Hisham berkata sebanyak lebih 100 mangkuk sehari dijual.

Cendol abe lie bermula pada harga serendah rm3 hingga rm10 semangkuk. Cendol abe lie dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 5.30 petang.

Menurut hisham, cendol Abe Lie sudah bertapak di Rantau Panjang sejal 1993, iaitu dari tapak asal di pasar lama, sebelum berpindah di tempat baru.

Harapan Hisham sebagai anak saudara Abe Lie, dia berharap agar dapat membuka cawangan baru bagi mengembangkan perniagaan cendol Abe Lie agar dikenali lebih ramai lagi.

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here