Home Sukan SERBIA AMAT KECEWA PULANG AWAL

SERBIA AMAT KECEWA PULANG AWAL

260
0

MUNICH, Jerman: Serbia sudah memberikan apa sahaja ketika berdepan Denmark pada minit akhir aksi awal pagi tadi yang berkesudahan seri 0-0 seterusnya menyaksikan mereka tersingkir daripada Euro 2024 dan kecewa terhadap apa yang berlaku.

“Kami sudah lakukan yang terbaik. Kami tidak mencipta peluang yang cukup untuk menjaringkan gol dan ia memberi kesan. Ia sesuatu yang pahit,” kata kapten dan penyerang veteran, Aleksandar Mitrovic.

“Ia lagi teruk apabila anda semakin hampir dan anda boleh melakukannya tetapi pada akhirnya anda gagal. Ia perasaan yang sama kami rasai di Qatar. Kami rasa amat emosi,” katanya merujuk kepada penyingkiran Serbia pada peringkat sama di Piala Dunia lalu.

Serbia menamatkan saingan Kumpulan C di tangga terakhir selepas dua seri selain kalah tipis 1-0 kepada England dan terikat 1-1 berdepan Slovenia sebelum pertembungan terakhir dengan Denmark di Munich.

“Ia kekecewaan yang besar. Secara realistik, ia kegagalan,” kata rakan penyerang, Dusan Tadic.

“Pastinya ia penyesalan. Saya minta maaf kepada penyokong yang datang untuk memberi sokongan kepada kami di sini dan yang menonton TV,” tambah penjaga gol Predrag Rajkovic.

Jurulatih, Dragan Stojkovic memberi penghormatan kepada sebahagin besar penyokong tegar Serbia yang mengikuti pasukan di Jerman dan turut sama menyatakan kekesalan gagal menggembirakan mereka.

“Sudah tentu kami kecewa kerana keputusan itu. Perlawanan seimbang. Kami mencari satu peluang, untuk satu gol… Kini kami mahu melupakannya.

“Kami lakukan apa sahaja. Saya letakkan tiga, empat penyerang di depan untuk cuba memecahkan pertahanan mereka. Kami bermain dengan berani, kami cuba melakukan yang terbaik. Tapi anda tahu ia bukan mudah,” katanya. – REUTERS,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here