Home Politik GALAK PENYERTAAN SWASTA BANGUNKAN EKONOMI NEGERI

GALAK PENYERTAAN SWASTA BANGUNKAN EKONOMI NEGERI

163
0

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan menggalakkan mana-mana syarikat swasta yang ingin membangunkan ekonomi setempat di negeri ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman berkata, penglibatan daripada syarikat swasta yang dalam perancangan untuk membuka kilang atau sebagainya amat dialu-alukan kerana secara tidak langsung ia boleh membantu pembangunan ekonomi negeri khususnya.

“Kerajaan Negeri sentiasa berusaha membantu sebaik mungkin mana-mana syarikat yang merancang untuk membangunkan lebih banyak industri dan mampu memberi pulangan baik.

“Pada masa sama, kerajaan juga akan terus memberi bantuan secara terus atau melalui kaedah pemudah cara kepada syarikat yang berminat,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ulang Tahun Bersama Syarikat Erawan LMW Industries Sdn. Bhd. di sini semalam.

Sementara itu, Erawan LMW Industries Sdn. Bhd. yang dahulunya dikenali sebagai Silinder LPG Keloil Sdn. Bhd. adalah kilang terbesar di Pantai Timur yang menyediakan perkhidmatan silinder, RQ, RC dan RP baharu mula beroperasi sejak tahun 1998 terletak di Kemayang, Tawang, Bachok. – UPKN –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here